HIDUP BERMASYARAKAT
SUMBANGAN TERHADAP PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELALUI PENGLIBATAN AKTIF DALAM AKTIVITI KEMASYARAKAT.
Penglibatan aktif rakyat Malaysia dalam aktiviti kemasyarakatan adalah sangat penting.
Apabila berlakunya bencana alam atau kecemasan, penglibatan aktif rakyat Malaysia secara sukarela sama ada secara individu, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) amatlah diperlukan.
JENIS-JENIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN
GOTONG-ROYONG
Individu boleh melibatkan diri dalam aktiviti ini yang dianjurkan sama ada oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan untuk memberi sumbangan tenaga kepada pihak tertentu seperti rumah orang tua, sekolah, komuniti setempat dan jabatan alam sekitar.
LAWATAN
Aktiviti lawatan ke rumah kebajikan dan rumah warga emas boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan sama ada melalui badan kerajaan atau bukan kerajaan.
SUMBANGAN BERBENTUK IDEA
Memberi pendapat atau cadangan yang disumbangkan melalui media cetak atau elektronik kepada pihak tertentu.
PENGAWASAN DAN KESELAMATAN
Aktiviti pengawasan keselamatan di kawasan tempat tinggal dan untuk sesuatu program dapat mengurangkan kadar jenayah dan kemalangan yang berlaku.
No comments:
Post a Comment