Tema 6


MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
Pembangunan negara haruslah seimbang dari aspek politik, ekonomi dan sosial.
RMK-9 merupakan pemacu Misi Nasional yang akan meneruskan dasar dan perancangan kerajaan dalam membentuk sesebuah negara yang maju ekonominya, seimbang pembangunan sosial dan politik serta melahirkan rakyat yang mempunyai minda kelas pertama.
Pembangunan ekonomi penting dalam menjana pembangunan negara.  Pengenalan kepada sistem ekonomi ala komputer seperti K-ekonomi, bandar ekonomi dan pembangunan modal insan merupakan antara usaha yang telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Konteks sosial merupakan inti pati penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan kestabilan negara dalam menjana pembangunan negara.  Penggubalan Dasar Sosial Negara jelas mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di bawah satu bumbung sekali gus mewujudkan masyarakat Malaysia yang maju dan mapan dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
Rakyat yang cinta akan negara dan sentiasa proaktif merupakan sumber penting dalam menentukan kejayaan dan hala tuju sesebuah negara.  Justeru, kita mestilah sentiasa bersedia dalam membangunkan dan mempertahankan negara daripada serangan ancaman.
Pembangunan golongan belia yang berkualiti dan memantapkan pertubuhan belia telah diberi penekanan utama dalam RMK-9 kerana mereka adalah pewaris negara pada masa depan.
Penguasaan kemahiran ICT akan melahirkan rakyat yang berteknologi dalam menghadapi cabaran masa depan dan pembangunan negara.  Kemahiran dan kepakaran ICT rakyat sesebuah negara merupakan elemen yang akan menentukan tahap kemajuan pembangunan dalam negara tersebut.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJANA PEMBANGUNAN NEGARA
 Kerjasama dan perpaduan antara kaum.
Perkembangan ICT dan komunikasi.
Rancangan dan dasar kerajaan.
Kestabilan politik.

MENANGANI CABARAN GLOBALISASI
Globalisasi atau “ dunia tanpa sempadan” menjadikan dunia semakin kecil akibat kemajuan teknologi dan penyebaran maklumat.  Pemodenan dalam sistem pengangkutan dan media massa mermpercepatkan dan memudahkan pergerakan komoditi dan manusia serta penyebaran maklumat secara meluas dalam jangka masa yang singkat.
Era globalisasi moden menuntut tenaga buruh yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi dan komunikasi.  Melalui proses globalisasi, Malaysia semakin disepadukan dengan ekonomi dunia.  Contoh dengan memperkenalkan e-banking, e-dagang.
Globalisasi turut mempengaruhi imbangan pembayaran dan nila mata wang sesebuah negara berdasarkan pandangan dan keadaan pasaran sedunia.
Kesan globalisasi kepada Malaysia ialah ekonomi negara akan menjadi pesat dan meningkat, pasaran ekonomi terbuka, mempercepatkan dan memperluaskan urus niaga serta meningkatkan produktiviti.
Cabaran globalisasi sentiasa mengheret setiap negara dengan pelbagai masalah yang memberi kesan dalaman dan luaran pada negara tersebut.  Hubungan dengan dunia luar dapat menangani cabaran globalisasi.
Hubungan serantau bermaksud kerjasama perdagangan yang melibatkan beberapa negara yang terletak dalam rantau yang sama.  Contohnya, kerjasama antara negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia –Malaysia-Singapura (IMS-GT)
Hubungan dunia pula bermaksud kerjasama perdagangan melibatkan pelbagai negara di dunia.  Contohnya, kerjasama dengan PBB.OIC,EC dan G7.
Malaysia juga memberi keutamaan kepada pembangunan ekonomi dan teknologi maklumat.  Kehadiran syarikat-syarikat multinasional seperti PETRONAS dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa (MISC) menjadikan syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.
Kestabilan politik menentukan pembangunan ekonomi sesebuah negara.  Justeru, ancaman dalaman negara seperti rusuhan, demontrasi, letupan bom atau rasuah boleh mengancam perkembangan ekonomi negara.



MALAYSIA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG
Untuk merealisasikan Wawasan 2020 ini, seluruh warga Malaysia harus melipatgandakan usaha dan bekerjasama bagi membangunkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang seperti dalam bidang pendidikan, perubatan, sains dan teknologi, pertanian dan kemudahan infrastruktur yang bertaraf dunia.
PUSAT KECEMERLANGAN : PERUBATAN

Institut Jantung Negara (IJN) –institut kesihatan terbaik dunia .
Penemuan bioubatan genetic.
Pusat kecemerlangan bertaraf dunia dalam bidang pembedahan endoskopik pediatrik.
      
PUSAT KECEMERLANGAN : PENDIDIKAN
·        Institusi pendidikan awam dan swasta yang bertaraf dunia seperti UPM,USM, Segi College, Inti College dan lain-lain.
·        Akademi PILOT Malaysia –kursus juruterbang.
·        Program pertukaran pelajar

 PUSAT KECEMELANGAN: KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR, PRASARANA
·        Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC).
·        Lapangan Terbang Antarabangsa .
·        Jambatan Pulau Pinang.
·        Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.
      
PUSAT KECEMERLANGAN: PERTANIAN
·        Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
·        Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
·        PORIM- Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.
     
PUSAT KECEMERLANGAN : SAINS DAN TEKNOLOGI
·        Pusat Analisis dan Teknologi Gen (CGAT)
·        Aeeoangkasa (kajian sains angkasa)
     PUSAT KECEMERLANGAN DALAM BIDANG TERTENTU
·        Bahasa- Dewan Bahasa dan Pustaka.
·        Sains – Pusat Sains Negara, Planetarium, Petrosains, MINT, MIMOS
·        Perubatan- Institut Jantung Negara(IJN)
·        Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA,MPOB
·        Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.
·        Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.
·        Industri automotif- PROTON.
PUSAT KECEMERLANGAN : KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR/ PRASARANA
·        Mercu tanda negara seperti Menara Berkembar Petronas (KLCC)
·        Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
·        Mempunyai kemudahan lebuh raya bertaraf antarabangsa .
·        Jambatan Pulau Pinang.
·        Bandar-bandar satelit seperti Cyberjaya.
   
PUSAT KECEMERLANGAN : PERTANIAN
·        Kejayaan bidang bioproses dalam membangunkan bahan biodegradasi seperti bioplastik.
·        Pengeluar dan pengeksport kelapa sawit terbesar dunia.
·        PORIM – Penghasilan biodiesel daripada kelapa sawit.

PUSAT KECEMERLANGAN : SAINS DAN TEKNOLOGI
·        Pusat Analisis dan Teknologi (CGAT)
·        Aeroangkasa (kajian sains angkasa)

PUSAT KECEMERLANGAN DALAM  BIDANG TERTENTU
·        Bahasa-Dewan Bahasa dan Pustaka.
·        Sains- Pusat Sains Negara, Planetarium. Petrosains, MINT, MIMOS.
·        Perubatan-Institut Jantung Negara(IJN)
·        Pertanian- FELDA, FELCRA, MARDI, RISDA, MPOB
·        Politik- Pusat Sumber Parlimen Malaysia.
·        Sosial- Institut Sosial Malaysia, Institut Integriti Nasional.
·        Industri automotif- PROTON

USAHA MENINGKATKAN STATUS NEGARA SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PELBAGAI BIDANG
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan status Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pelbagai bidang.  Antara usaha-usaha tersebut ialah:
Meningkatkan perkhidmatan dan kepakaran di pusat-pusat perubatan atau kesihatan sama ada kerajaan ataupun swasta.
Mewujudkan sistem pendidikan yang berprestij dengan meningkatkan kualiti dan taraf sistem pendidikan negara.
Melahirkan lebih ramai graduan dan golongan professional dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, aeroangkasa, perubatan, robotic, bioteknologi dan lain-lain bagi meningkatkan produktiviti ke arah mencapai tahap yang lebih kompetitif di peringkat domestic dan global.
Memajukan sector pertanian dalam negara.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti Jambatan Pulau Pinang, lebuh raya bertaraf antara bangsa, lapangan terbang antara bangsa, bandar-bandar satelit iaitu Cyberjaya .
Membina bangunan sebagai lambing dan mercu tanda kemajuan negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara KLCC.

No comments:

Post a Comment