Tema 5


MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MEWARISI NEGARA
1.Rukun Negara merupakan ideology negara yang menjadi pegangan hidup rakyat
   Malaysia.
2.Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berikutan tragedi 13 Mei 1969.
3.Antara prinsip Rukun Negara seperti yang berikut:
·        Kepercayaan kepada Tuhan.
·        Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
·        Keluhuran Perlembagaan.
·        Kedaulatan Undang-undang.
·        Kesopanan dan Kesusilaan.
KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
·        Mengekalkan kedaulatan negara.
·        Membina masyarakat progresif.
·        Memastikan keamanan dan kemakmuran negara
·        Membentuk masyarakat yang adil.
·        Memupuk perpaduan nasional.
·        Membentuk masyarakat demokratik.
·        Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan berakhlak mulia.
·        Memupuk semangat patriotisme.
CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN KEDAULATAN NEGARA
·        Tidak mengkhianati negara.
·        Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.
·        Menghormati sistem pemerintahan negara.
·        Mempertahankan negara daripada dicerobohi/ dijajah oleh kuasa asing.
·        Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan kedaulatan negara.
·        Kemakmuran negara dinikmati bersama secara adil dan saksama.
·        Mengamalkan cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang pelbagai.

MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MEWARISI NEGARA.
Generasi muda merupakan bakal pemimpin dan pewaris negara pada masa depan.
Sebagai pewaris negara, pelajar-pelajar perlu lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pewaris negara yang bertanggungjawab dan layak untuk menerajui kepimpinan negara pada masa hadapan mestilah mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu pengetahuan dan berkemahiran, memiliki kerohanian yang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

JATI DIRI
Menghormati peraturan, tradisi dan undang-undang negara.
Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan diri.
Berkomunikasi dengan selesa dengan kaum lain.
Menyokong hasrat dan cita-cita negara.
Meletakkan kedudukan Bahasa Malaysia di tempat yang dihormati.

KEROHANIAN
·        Memiliki kerohanian diri yang teguh dengan mengamalkan nilai perikemanusiaan.
·        Tidak takut kepada cabaran.
·        Tidak tunduk kepada tekanan.
·        Tidak mudah berputus asa.

KEMAHIRAN
Merupakan kecekapan yang dimiliki oleh seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lancar.
·        Kemahiran komunikasi dalam bahasa Inggeris.
·        Kemahiran dalam ICT dan teknikal.
·        Kemahiran menyelesaikan masalah.

ILMU
Melengkapkan diri dengan ilmu yang baru dan inovatif, sains dan teknologi, teknologi maklumat, bioteknologi dan juga ilmu agama.

NILAI-NILAI MURNI
Nilai amanah, jujur, adil, rajin, berintegriti, berhemah tinggi dan telus.

No comments:

Post a Comment