Tema 4


WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA
Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk kaya dengan pelbagai warisan budaya.
Terdapat pelbagai cara bagi mempromosikan warisan budaya negara, antaranya seperti melalui duta kecil, media cetak dan media elektronik.

CARA MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA
DUTA KECIL
Pelajar dan pekerja Malaysia di luar negara.
Ahli sukan
Pelakon, penyanyi.
Tukang masak (Chef Wan)

MEDIA CETAK
·        Surat khabar, majalah
·        Brosur, risalah.
·        Poster

 WARISAN BUDAYA KETARA
 BANGUNAN
Bangunan Sultan Abdul Samad.
Batu Caves
Gereja St. George, Pulau Pinang.
Istana Negara.
Masjid Negara.
Makam Pahlawan.
Carcosa Sri Negara.

OBJEK
Jalur Gemilang
Jata Negara.
Gandik Diraja.
Panji-panji Diraja.
Keris Panjang Diraja.
Tengkolok Diraja.
Manuskrip Sejarah Melayu.
Manuskrip Hikayat Hang Tuah.

WARISAN BUDAYA TAK KETARA
Lagu Negaraku.
Silat Melayu.
Joget Melayu
Dondang Sayang
Wayang Kulit.
Mak Yung
Bangsawan.
Ngajat.
Sewang
Sumazau.
Tarian Singa ( di atas tiang)


CONTOH SALAH SATU TARIAN YANG TERDAPAT DI NEGERI SABAH DI BAWAH BAYU

Tarian Sumazau




Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

No comments:

Post a Comment